Thursday 30 June 2011

Esok adalah 1st birthday mylilprincess fatini ^__^

Kejap jek rasa, dah setahun anak mummy sayang Nurfatini Humaira binti Mohd Faizal..
Mummy tak sempat lagi cerita proses kelahiran adik, so this entry mummy akan cerita A-Z..hehe
Dah besar nanti adik boleh la baca..

1 Julai 2010

8.00 pg- mummy rasa macam ada air mengalirrrr jek..tp bukan wiwiwi..Dah terdetik, may be air ketuban dah pecah, but macam time Along dulu, bushhhh sekali banyak. Abah & Tok dah suh siap-siap pegi hospital.

10.00 pg- Baru mummy nak gerak gi hospital. Malas lagi nak gerak sebenarnya sebab tak sakit langsung pun lagi. Nanti nak kena tunggu lama, bosan kan..Tapi abah & tok suh pegi jek la jugak. Along tinggal rumah ibu as. Sedih sangat mummy rasa time tu, sebab 1st time tinggalkan dia (except time kerja la)

10.20 pg- Sampai hospital..ramaiii patient tengah tunggu jugak. Sementara nak tunggu kena check tu, kejap mummy keluar, kejap masuk. Sampai kena tegur dengan nurse tu..Haha. Then nak gi makan jap. Kononnya nak la ikut diorg gi kafe, sekali kena sound "Ehhh..nak gi mana tu..duduk situ. Biar husband jek pergi beli".ngehngehhhh ;p

11.00++ pg- Baru la check bukaan. Baru 2cm gitu kot. yang check tu doc pelatih, comel jek. nasib la kau comel. So jari pun comel la.kalo tak time tu ada dah kaki naik ke awning tudung ;p..Sekali doc ckp ward penuh, kalo masuk pun tak boleh duduk dalam ward sebab penuh. Then dia bagi option sama ada nak transfer hospital lain (tapi kena pergi naik ambulans..eee..tak koser la aku..tp kena jgk sebab dah leaking kan) atau tunggu la kalau sanggup. tapi tunggu kat luar jek la..

Mummy decide nak tunggu jek, lagi pun bukannya sakit pun. Sebelum tu doc dah callkan Hospital Putrajaya, but seperti dijangka penuh la kan..Siap kena sign 1 form tu yang mengatakan kita sanggup la tanggung apa-apa if jadi apa-apa sepanjang tempoh menunggu tu. Mummy just sign jek, sebab alaaaa fikir logik la..takkan la kita dah sakit nak bersalin diorang boleh tengok jek kita bergulinggg kat kaunter tu..

12.00 t/hari - Stay dekat katil bawah tempat check tu. Kan mummy dah cakap, takdenya diorang nak biar kita macam tu jek. So, duduk la kat situ sambil call, sms kawan2..siap boleh cakap-cakap pasal kerja lagi.

2.00 ptg- Naik ward. Pun still tak sakit langsung lagik. So jus tungguuuu & tungguuu..Tok dah balik dulu sebab mummy cakap lambat lagi ni..Silap-silap esok..

7.00 mlm - Dah rasa sakit sikit-sikit. Selang 20minit kot. Steady beb..siap pergi melawat katil jiran-jiran lagi..kerek tak kerek la..haha

10.00 mlm- Dah makin kuat..selang 10 minit..huhu. Abah dok smssss jek.."Syg, makin kuat tak sakit?" selang 1/2 jam kot..Teringat & rindu sangat kat Along Farish. Ibu As sms, biar along tidur dengan dia jek malam ni, so lega la sikit mummy sebab dia dah biasakan. tapi sedih jugak sebab kadang-kadang dia tanya abah & mummy..huhuh..Memang tak boleh tidur langsung pun. dok minum air & makan kurma jek. mulut dok berzikir & doa nabi yunus..

2 Julai 2010

3.15 pagi - Nurse masuk nak check, then dah 4cm..aiiiii baru 4cm punya sakit mcm tu..mummy ingat dah 7,8cm..*___* pastu masuk ubat kat vontot, terketar-ketar gi toilet...huhu..Turun labor room. Mummy dah suruh panggil husband cepat. Nurse check, dah bukak cukup 8cm, but air ketuban tak pecah lagi.. Sekali dia amik apatah, punya la panjang, cucuk. Boleh lagi gurau-gurau tu diorang sebab takut tersembur air. Sekali memang terpancuttt kaw-kaw...hehe..kelako lak rasa.

3.32 - Lepas jek pecahkkan air ketuban tu, mummy push 2x, pas keluar..Abah tengok dia cakap apa tau "Senangnya sayang" x__* Dia tak tengok yang mummy berguling, bergegar2 katil tu..huhu..

Berat : 3.32kg
Tinggi : 52cm
Kulit : Putih bersih (Nurse pun cakap, bersihnyaaa kulit anak, akak makan apa?) :)
Mata : Sepet sikit..ikut arwah aki kot.. :)

So, lpeas tu dah siap jahit semua, masuk la ward. Lucky la sebab dapat ward 1st class, so abah boleh la baring-baring kejap. Sementara tunggu tok datang. Then, abah mandikan mummy, terharu sangat masa ni..hhehe..i love u babe..

12.00 t/h++ - Boleh balik rumah dah..yeayyy!

~ Alhamdulillah la..semuanya dipermudahkan. Bab sakit tu, mana ada orang bersalin tak sakit. Alhamdulillah jugak, adik langsung tak kena jaundis. Macam along jugak. Time balik rumah tu, Along kat playground. Sekali along masuk, dia dah lain macam. Tetiba mengamuk..sian along, apapun mummy sayang along sangat-sangat jugak la tauuuu!!tak ada bezanya pun sayang :D

Sepanjang 4 hari berpantang kat rumah my PIL pun datang. MIL tolong mandikan baby, mak mandikan mummy dengan air daun-daun..sangat best dah fresh..Hari ke-5 balik kampung, dan bermulalah hari pantang yang membosankan..hehe..

Note untuk anakku Nurfatini Humaira:
Sayang mummy,
Mummy doakan adik sentiasa sihat, comel, bijak, solehah, kuat dan baik-baik aje. Jadi anak yang baik ye sayang. Korang la harta-harta mummy yang paling berharga. dah besar nanti kita baking sama-sama k! Jangan selalu rampas toy along, curik-curik amik aiskrim, nasi along..hehe..
Mummy sayang sangat adik & along & anak-anak mummy akan datang (ehhh??)
& juga abahnya..hehe..Moga keluarga kita sentiasa dilimpahi rahmat Allah..
Happy birthday sayangggg!!

(gambar upload later..tak leh masuk la..huhu)

1 comment:

  1. happy birthday fatini!
    (wah dah setahun baru mak dia update labour experience ye hihi) tapi tu la kan, sakit bersalin sampai bila pun takkan lupa kot ;)

    ReplyDelete