Sunday 31 July 2011

floria 2011

Hai anak2 ;)

Akhirnya sampai jugak jejak kita kat floria ni.
Memang sengaja pergi malam, sebab tujuan utamanya nak tengok firework jek.
Bunga2 tu kendian la..boleh? Dah jadi mak2 ni kepentingan anak tu melebihi kepentingan mak.
Bunga=Keinginan mak2..firework=keinginan anak..formula baru tu..tolong ingat eh.
Giler lambat wat entry ni..if tak buat, sah2 la terperuk macam tu jek kan..haha..gasak..
Tok & ayah cik pun join gak..pergi masa malam perasmian, so memang la ramai..tapi berbaloi la kot,
sebab firework dia lama la jugak..yang kelakarnya along ternganga2 tengok ni, adik lak takut2..
Mummy ingat adik dah kental sangat dik, rupanya dalam hati ada pink jugak rupanya ;p

Monday 4 July 2011

~kisah A.B.A.H (v.1)

Tetiba ingat dan rindu sangat kat arwah abah :'(
Untuk rekod, abah dah pergi tinggalkan kami sekeluarga, hampir 2 tahun.
(10.9.1944 - 09.10.2009)..cer tengok tarikh lahir dengan tarikh abah pergi..cantik jek kan..
Abah pergi hari Jumaat, penghulu segala hari.
Kalau diceritakan pasal abah, memang tak abis sampai bila-bila.
Abah memang dikenali ramai, may be sebab sifat abah yang senang berkawan, baik dengan orang, mesra..
Bayangkan la, orang yang baru kenal sehari semalam, bila nak balik ke rumahnya boleh menangis sebab sedih sangat nak berpisah sebab abah layan diaorang baikkkkk sangat.
Bagi saya as a anaknya, tak perlu nak bermewah-mewah untuk gembira.
Satu kenangan dengan abah yang memang tak oleh lupa sampai bila-bila,
time abah balik dari masjid selalu ada jek kudap2 yang akan dibelinya.
Dan sampai sekarang menda2 ni memang jadi fav. saya la..


Hurmmm.....tu la abah. Tak perlu pun nak beli menda2 yang mahal aje. Small, yet meaningful. Menda2 macam ni pun dah buat kami tertunggu2..:) Tu semua dah jadi kenangan yang sangat manis untuk dikenang. Al Fatihah untuk Hj Ab Delani Othman.

~Kasih dan doa sentiasa bersama abah~

Thursday 30 June 2011

Esok adalah 1st birthday mylilprincess fatini ^__^

Kejap jek rasa, dah setahun anak mummy sayang Nurfatini Humaira binti Mohd Faizal..
Mummy tak sempat lagi cerita proses kelahiran adik, so this entry mummy akan cerita A-Z..hehe
Dah besar nanti adik boleh la baca..

1 Julai 2010

8.00 pg- mummy rasa macam ada air mengalirrrr jek..tp bukan wiwiwi..Dah terdetik, may be air ketuban dah pecah, but macam time Along dulu, bushhhh sekali banyak. Abah & Tok dah suh siap-siap pegi hospital.

10.00 pg- Baru mummy nak gerak gi hospital. Malas lagi nak gerak sebenarnya sebab tak sakit langsung pun lagi. Nanti nak kena tunggu lama, bosan kan..Tapi abah & tok suh pegi jek la jugak. Along tinggal rumah ibu as. Sedih sangat mummy rasa time tu, sebab 1st time tinggalkan dia (except time kerja la)

10.20 pg- Sampai hospital..ramaiii patient tengah tunggu jugak. Sementara nak tunggu kena check tu, kejap mummy keluar, kejap masuk. Sampai kena tegur dengan nurse tu..Haha. Then nak gi makan jap. Kononnya nak la ikut diorg gi kafe, sekali kena sound "Ehhh..nak gi mana tu..duduk situ. Biar husband jek pergi beli".ngehngehhhh ;p

11.00++ pg- Baru la check bukaan. Baru 2cm gitu kot. yang check tu doc pelatih, comel jek. nasib la kau comel. So jari pun comel la.kalo tak time tu ada dah kaki naik ke awning tudung ;p..Sekali doc ckp ward penuh, kalo masuk pun tak boleh duduk dalam ward sebab penuh. Then dia bagi option sama ada nak transfer hospital lain (tapi kena pergi naik ambulans..eee..tak koser la aku..tp kena jgk sebab dah leaking kan) atau tunggu la kalau sanggup. tapi tunggu kat luar jek la..

Mummy decide nak tunggu jek, lagi pun bukannya sakit pun. Sebelum tu doc dah callkan Hospital Putrajaya, but seperti dijangka penuh la kan..Siap kena sign 1 form tu yang mengatakan kita sanggup la tanggung apa-apa if jadi apa-apa sepanjang tempoh menunggu tu. Mummy just sign jek, sebab alaaaa fikir logik la..takkan la kita dah sakit nak bersalin diorang boleh tengok jek kita bergulinggg kat kaunter tu..

12.00 t/hari - Stay dekat katil bawah tempat check tu. Kan mummy dah cakap, takdenya diorang nak biar kita macam tu jek. So, duduk la kat situ sambil call, sms kawan2..siap boleh cakap-cakap pasal kerja lagi.

2.00 ptg- Naik ward. Pun still tak sakit langsung lagik. So jus tungguuuu & tungguuu..Tok dah balik dulu sebab mummy cakap lambat lagi ni..Silap-silap esok..

7.00 mlm - Dah rasa sakit sikit-sikit. Selang 20minit kot. Steady beb..siap pergi melawat katil jiran-jiran lagi..kerek tak kerek la..haha

10.00 mlm- Dah makin kuat..selang 10 minit..huhu. Abah dok smssss jek.."Syg, makin kuat tak sakit?" selang 1/2 jam kot..Teringat & rindu sangat kat Along Farish. Ibu As sms, biar along tidur dengan dia jek malam ni, so lega la sikit mummy sebab dia dah biasakan. tapi sedih jugak sebab kadang-kadang dia tanya abah & mummy..huhuh..Memang tak boleh tidur langsung pun. dok minum air & makan kurma jek. mulut dok berzikir & doa nabi yunus..

2 Julai 2010

3.15 pagi - Nurse masuk nak check, then dah 4cm..aiiiii baru 4cm punya sakit mcm tu..mummy ingat dah 7,8cm..*___* pastu masuk ubat kat vontot, terketar-ketar gi toilet...huhu..Turun labor room. Mummy dah suruh panggil husband cepat. Nurse check, dah bukak cukup 8cm, but air ketuban tak pecah lagi.. Sekali dia amik apatah, punya la panjang, cucuk. Boleh lagi gurau-gurau tu diorang sebab takut tersembur air. Sekali memang terpancuttt kaw-kaw...hehe..kelako lak rasa.

3.32 - Lepas jek pecahkkan air ketuban tu, mummy push 2x, pas keluar..Abah tengok dia cakap apa tau "Senangnya sayang" x__* Dia tak tengok yang mummy berguling, bergegar2 katil tu..huhu..

Berat : 3.32kg
Tinggi : 52cm
Kulit : Putih bersih (Nurse pun cakap, bersihnyaaa kulit anak, akak makan apa?) :)
Mata : Sepet sikit..ikut arwah aki kot.. :)

So, lpeas tu dah siap jahit semua, masuk la ward. Lucky la sebab dapat ward 1st class, so abah boleh la baring-baring kejap. Sementara tunggu tok datang. Then, abah mandikan mummy, terharu sangat masa ni..hhehe..i love u babe..

12.00 t/h++ - Boleh balik rumah dah..yeayyy!

~ Alhamdulillah la..semuanya dipermudahkan. Bab sakit tu, mana ada orang bersalin tak sakit. Alhamdulillah jugak, adik langsung tak kena jaundis. Macam along jugak. Time balik rumah tu, Along kat playground. Sekali along masuk, dia dah lain macam. Tetiba mengamuk..sian along, apapun mummy sayang along sangat-sangat jugak la tauuuu!!tak ada bezanya pun sayang :D

Sepanjang 4 hari berpantang kat rumah my PIL pun datang. MIL tolong mandikan baby, mak mandikan mummy dengan air daun-daun..sangat best dah fresh..Hari ke-5 balik kampung, dan bermulalah hari pantang yang membosankan..hehe..

Note untuk anakku Nurfatini Humaira:
Sayang mummy,
Mummy doakan adik sentiasa sihat, comel, bijak, solehah, kuat dan baik-baik aje. Jadi anak yang baik ye sayang. Korang la harta-harta mummy yang paling berharga. dah besar nanti kita baking sama-sama k! Jangan selalu rampas toy along, curik-curik amik aiskrim, nasi along..hehe..
Mummy sayang sangat adik & along & anak-anak mummy akan datang (ehhh??)
& juga abahnya..hehe..Moga keluarga kita sentiasa dilimpahi rahmat Allah..
Happy birthday sayangggg!!

(gambar upload later..tak leh masuk la..huhu)

Thursday 23 June 2011

Maharaja Lawak - Minggu 12 - Tugas 2 - Sepah



Tak sabar nak tunggu final Maharaja Lawak malam ni.
Actually yang paling ditunggu haruslah Jozan & Sepah..
Jambu dulu ok, sekarang dah kureng la..
Lepas habis ML ni terus unsubscribe Channel Mustika.
Yelah, kaya Astro ek sebab ML ni.
Siapa la yang menang ek..
Show paling best Jozan is masa minggu nano nanoooo..haha
Sepah masa 'Manisnya Kurma Ituuuu'

Thursday 16 June 2011

I Will Survive



Esok Abah akan pergi Lead Camp for a week..
So, Mummy akan tinggal 3 beranak..
Huhu..ni antara tempoh terlama la sepanjang kena outstation ni..
Wish me luck ey dear..Hope anak-anak sangat behave duk dengan mummy..
& for u, take an extra care...mummy doakan semuanya baik-baik aja!
Pasti rindu sama kamu sangat2..sob..sob.. >_<

Adik kena gigit "ulat"

Cerita kelakar..Time ni Along ikut abah pergi kedai
Then adik seperti biasa, 'kemas' rumah. Dia amik choc rice Mummy.
Boleh pulak bukak. Mummy just tengok jek. Sekali, tumpah abis bersepah lantai.
Tetiba adik nangis punya la kuatnya nangissss.. Berguling-guling nak panjat mummy..
Sah la adik ingat choc rice tu ulat yang dah penuh kat tapak kaki dia..
Kesian tengok adik nangis but kelakar pun iye..^_______^
Lasak sangat..tu la..Apapun amik video dulu..Nanti dah besar, adik boleh tengok balik k! ;p




                                         Tak sure nak kesian @ gelak.. :))

Tuesday 7 June 2011

jumpa mung di ganung ;p

On 4 - 6 June lepas, kami ke Kuala Terengganu. Actually abahnya ada kerja kat situ, tapi mummy & anak2 pun boleh la follow, jalan-jalan makan-sotong-celup-tepung! (Gulpp...sangat sedap, teringat lagi..aisyehh)

Stay dekat Felda Residence Hotel..Not bad, hotel baru kan..bersih, view cantik. Mengadap sungai & masjid kristal..sangat cantik. Anak-anak pun suka bersidai kat tepi tingkap, tengok bot-bot lalu..Tapi tak sompek la kami nak naik botnya, dah namanya pun kejap sangat perginya. Lain kali ey anak-anak..

                                          Ni baru-baru sampai

Masjid kristal-gambar tak clear langsung

Dua beradik ni check in jek terus wat hotel ni macam diaorang yang punya..haha..Explore segala ceruk..Sampai adik nyaris kena hempap dengan floor lamp. Along lak dok main telefon..Ikut suka korang la..haha..mummy nak landing jek..breakfast dia pun ok la..Yang best siap ada ubi rebus, then boleh pilih nak cicah ikan masin/kepala/sambal..

Tak sempat pergi banyak tempat pun, just pergi Pasar Payang (2x-aikkk..sempat lak pergi 2x..wakaka), round2 KT, jenguk school lama abah, tu jek la kot. Tambah ramaiiii sangat orang, cuti sekolah pun kan..redha jek la..tapi hangin betul mummy, dalam sesak-sesak kat Pasar Payang tu, ada lak mamat ni dengan selamba boleh hisap rokok kat situ..Hello, orang ramai kot kan, tempat pun sempit..or otak ko pun sesempit jalan kat situ, geram mak tau!

                                                    Along punya "peace" ;p

Muka penat tak hingat..

Then balik tu singgah Marang. Disebabkan anak-anak tidur dah, kesian lak nak kejut diaorang. Penat la tu. So, abah just tapaukan je udang & sotong celup tepung. Sotong gemuk2 okehh..Total RM20 untuk 2 orang makan. Memang puas & sangatttttt sedappppppppppppp..

So, next time boleh pergi lagi ye abah. Kali ni kita gi time bukan school holiday. Baru puas hati jalan..

Friday 27 May 2011

Balik Kemaman

Cuti hari pekerja lepas, balik kampung Kemaman lak..Last balik pun masa kenduri adik ipar kawin.
So, mummy amik cuti hari Isnin, dapat la bersambung sampai Selasa sebab hari Selasa tu yg cuti umumnya. kalau balik Kemaman, keja Along adalah main dengan cat, bagi makan cat. Adik kipit biasa la..geli dengan cat. Apadaaaa adik..


Lepas tu bawak anak-anak pergi jalan Zoo Mini Kemaman. Haiwan2nya tak banyak sangat pun, banyak lagi haiwan kat Nerek. wakaka..tapi boleyyy la kalau saja2 nak jalan..dah la panas yarabbiiiii..tak menahan mak. Nak pakai sunglasses adik kipit takut lak...huhu..


Tiket masuk RM10 sajokkk..Nak masuk dalam tempat haiwan2 tu, naik la buggy. Along panggil train keponponnnnnnnn...konon mcm Thomas tu. Bila tah nak bawak anak2 naik train..sian anak aku, buggy dikatanya train.


Sesi berkenalan dengan haiwan berjalan dengan baik. Adik pun ok jek, tak merengek pun. Jom anak2, kita mengenal haiwan..
 Ni tengah naik train keponponnnnnnnnnnnn....


 Adik dah machammmm...Hotttttttttttt~~~


Ni memang penolak buggy yang setia..

 Nasib baik ada kipas ni


 Dak gajah ni nama dia Seri, umur 4 tahun..nak berkenalan??mak boleh arragekan ;p




 Punya la kuat angsa ni bunyi. Rasa nak lempang pun ada ;p






 Hahaha...kelakar la kamu ni Along, beria tu nak buat peace


Dak crocodile yang tido mulut ternganga.


Ok, tu je..


Esoknya, gi Central Point, beli baju batik..Kerja gov., gini la wey..baju batik la apa la..hohoho
Dah abis dah. Sekian ;p

Monday 9 May 2011

happy mothers day 2011

Sempena mother's day, mummy sesaje wat choc cake..along lak time tu dah tido..along bangun2 jek, mummy suprisekan dgn cake yang dah siap cucuk lilin lagi..haha
kalo tak, sure mengamuk jugak tu, sebab kejutkan dia tido..
along pun kemain la feeling, celebrate besday dia..haha
adik pun kemain lagi tepuk2 tangan..abah pun melayan jek la..tukang amik pic..
tapi disebabkan tangan abah tak bedung masa baby, gambar bergegarrr jekk..huhuhu




Syukurrrr sangat atas rezeki jadi mummy, dikurniakan anak2 yang comel & byk peel-tapi-seronokkkk-rasa-nak-gigitttt..walaupun kekadang balik ofis tu, rasa macam penat sangat dah ni
tapi bila tengok anak2, aikkk terus penat tadi dah tertinggal kat luar pintu (ayat ni cikgu BM baca sure terharu + kagum ;p)..k la...tgk la gambar yg abah korang amik ni eyyy.. *__*''

Monday 2 May 2011

'balik kampumm'

Cuti hari pekerja 2011, kami balik kampum 'neyek'..
Suka la Farish Haiqal, sebab boleh main dengan cousin2nya yang ramai
Cousin yang rajin melayan dia, Abang Haziq..
Sampai bangun2 tido pun terus cari abg ajik..
Sayang sangat la konon..
Padahal, asyikkkkk la bergaduhh jek
Adik kipit2, seperti biasa, tak nak kat orang
yang dia boleh geng, dgn Cik & Yong jek..
Tapi naik motor kemain la suka..
Siap tepuk2 tangan, loncat2 bila naik motor..
Haha...comel adik!..Then, Ahad pergi Pekan Sari Temerloh...
Giler panjangggg..Tak habis round pun..
Along paling la suka tgk fish2, anak ayam, anak duck..
Lagi la situ org jual ikan patin fresh2..
Sampai duduk mencangkung dok beria2 tgk fish
Mummy nak beli anak ayam, abah tak bagi
Takut menyeksakan anak ayam tu jek..haha
So, balik kampum lain kali boleh la kita pegi sini lagi ye anak2..










Wednesday 13 April 2011

Lahirnya anugerah Allah, pengikat kasih kita

Mummy memang gembira sangat, lepas 2 bulan kawin, Alhamdulillah sangat2 sebab Mummy diberi nikmat Allah-anak!


Kehadiran anak Mummy ni sangat la mengembirakan, memang dinanti-nanti..
Even agak mencabar sebab Abah selalu balik malam..kadang2 pagi..huhu
Tapi apapun, Mummy kena kuatkan jek la..Awal2 tu, morning sickness teruk gak..
Mummy paling pantang bau orang menumis masak, bau nasi tgh ditanak, dengar air turun dari paip, tengok sink..memacam la..


Kalo nak balik kg. tu, dah merata2 la tepi jalan tu Mummy berhenti muntah..teruk eh...ha..tu la, Along..demi Along Farish sayang mucuk2 ni..haha


Kronologi nak melahirkan anak 1st Mummy:-
21/7/2008- Mummy dah tensen ni..Along dah lewat 4 hari dari due date
Tambah beberapa hari tu, gi klinik doktor ckp tali pusat along dekattt je dengan leher.
Mummy mcm dah, aduyaiii..tolong la keluar cepat sygggggg..riso teramat dah nihhh
22/1/2008- Kul 7 pagi, lepas subuh time tu ingat nak abring2, then Mummy dengar bunyi poppp..
Then, terasa air mengalirrr jek..bangun2 sekali haaa kau..sebaldi gitu air ketuban mengalir..
Abah dah cuak tapi control tak nampak cuak..haha
Lucky, Tok dah ada kat rumah masa tu..Pastu terus la ke hospital..


Dengan time tu jammed, orang nak gi keje lagi..huuhu..dugaannnnn
Tapi tak rasa sakit langsung lagi..


Sampai hosptal, check itu ini, tak bukak pun lagi..
Mummy agak esok dah la ni keluarnya ni..
Tapi kena tahan jugak la..sebab air ketuban dah pecah.
Tengok kul 10, dah mula sakit sikit..
Kul 12, dah mula mengelupur..
Sakitnya..Allah jek yang tau..
Nasib la katil tu besi, kalo kayu mau patah dah kot bergegar..haha
Tgk jam, aihhh baru kul 2.30..rasa mcm lama sangat dah ni
Mummy panggil nurse, tak tahan sangat dah ni..nurse cek baru 4cm..
Ya Allahhhh..baru 4cm...hazabbb giler dah ni..
then, turun laboor room..menahan la Mummy sorang2 dalam tu...
dalam kul 4.15 gitu kot, Mummy panggil nurse, sebab rasa nak meneran sangat dah..
nurse masuk ajar teran, at the same time dah panggil Abah suh masuk..
Tak mau jugak keluar ni..
Mummy siap ckp "tak boleh nurseeee!!"
Then dia ckp, bolehh!!!sayang anakkk
Memang la sayang sesangat woiiii
Tapi memang sakitttt..ishh tatau nak cakap la
Then Abah bagi support, cakap
"Mummy, dah nampak kepala dah, skit lagi!!"
Sekali, Mummy tarik nafas dalammm2, pushhhhh
terus keluar cayangbucuk Mummy boy nih..
Hahhh..akhirnya...
Sambung part II okeyyy...penat la menaip.. :D

Hari raya pertama as a husband & wife

Puasa tahun pertama kita agak mencabar la jgk ek..ye la, masa ni Abah keje kat Celcom lagi..shift..huhu..terseksa betul Mummy..nasib baik la boleh cuti raya, kalo tak mau Mummy balik kampung naik bas sambil nyanyi lagu "Pulanglah"-aisyah..huhuhu


1st raya kat Temerloh...cayalah Abah..sebab tu i sayang u lebih ;p
Masa ni raya berdua jek..
Tunggu la tahun depannya...
Jeng..jeng..jengg...


 Menyelit jek 2 ketui kat belakang tu..haha


 Sayang sesangat both of u nihh...








(gap cerita setahun tu..wakaka)

Pengantin baru yang tgh moodinluvsokmo ;p

Haha..tajuk tak agak dah..
Mummy & Abah tak gi honeymoon memana pun..dok sibuk ngemas rumah..tu la..lambat sangat cari rumahnya..dah letih..memula masuk rumah, dengan takde apa pun kecuali tv jek..tido pun atas tilam bujang Abah yang Mummy agak dari form Abah angkut dari hostel tu..wakaka..


Esoknya baru la slow-slow gi cari barang2 rumah semua..memang "honeymoon" itu paling best la u!
Haha...Dan bermula la kisah kita as a husband & wife..
Jumaat depannya tu dah kenduri belah Kemaman..Belah Kemaman simple jek majlisnya..
Ada la 2,3 keping jek gambonya..kalo rajin kang Mummy upload la sekeping, 2..haha






Tapi nak jugak ni buh gambar2 masa duk singgah kat Pantai Mok Nik tu..comey eh kita masa ni..tanpa sebarang garis2 halus di wajah..hahhaha












Sekian, terima kasih.(eh..tetiba!)

Big Day anaajai

Yes, jodoh kita memang kuat eh, dear. Baik-gaduh-baik-gaduh..last-last kawin jugak..
Akhirnya selamat la 2 org ni ditunangkan @ 1.1.2007..(sempena tarikh declare i lep u, awak lep saya tak.. ;)
Dia lamar aku kat kedai mamak rashmeer jek hokeyy..huhu..
Lepas balik sambut new year kat KLCC-yang-kena-tahan-dengan-polis tu-then-awak-takde-roadtax-tu..hoho...remember??sayang gambar tunang i letak kat mana tah..lupa dah..tengak la..nanti rajin i scan..sayangkan..nanti takde kenangan..


Ok, bincang punya bincang, tarikh nikah dah tetapkan pada 18 Ogos 2007, tu belah Temerloh.
Belah Kemaman, Jumaat depannya, which mean 24 Ogos 2007 tak silap Mummy.


Tengok pic ye anak2..Betapa gojessnya mak korang nih ;p




Arwah Aki yang nikahkan sendiri..Muka Abah memang cuak, tapi Mummy yakin dgn kebolehan Abah..See, kan Mummy dah kata..1x jek lafaz..bravo Abah..i lep u!!


Then, terus ready2 utk majlis sanding lak..songket hijo..panas pun, mak rela pakai nak..
































Fuhh...cukup la takat ni dulu Mummy masukkan..dengan PC yang terloading-loading nih...sambung next lak eh..penat upload gambo nih ;p