Thursday 30 June 2011

Esok adalah 1st birthday mylilprincess fatini ^__^

Kejap jek rasa, dah setahun anak mummy sayang Nurfatini Humaira binti Mohd Faizal..
Mummy tak sempat lagi cerita proses kelahiran adik, so this entry mummy akan cerita A-Z..hehe
Dah besar nanti adik boleh la baca..

1 Julai 2010

8.00 pg- mummy rasa macam ada air mengalirrrr jek..tp bukan wiwiwi..Dah terdetik, may be air ketuban dah pecah, but macam time Along dulu, bushhhh sekali banyak. Abah & Tok dah suh siap-siap pegi hospital.

10.00 pg- Baru mummy nak gerak gi hospital. Malas lagi nak gerak sebenarnya sebab tak sakit langsung pun lagi. Nanti nak kena tunggu lama, bosan kan..Tapi abah & tok suh pegi jek la jugak. Along tinggal rumah ibu as. Sedih sangat mummy rasa time tu, sebab 1st time tinggalkan dia (except time kerja la)

10.20 pg- Sampai hospital..ramaiii patient tengah tunggu jugak. Sementara nak tunggu kena check tu, kejap mummy keluar, kejap masuk. Sampai kena tegur dengan nurse tu..Haha. Then nak gi makan jap. Kononnya nak la ikut diorg gi kafe, sekali kena sound "Ehhh..nak gi mana tu..duduk situ. Biar husband jek pergi beli".ngehngehhhh ;p

11.00++ pg- Baru la check bukaan. Baru 2cm gitu kot. yang check tu doc pelatih, comel jek. nasib la kau comel. So jari pun comel la.kalo tak time tu ada dah kaki naik ke awning tudung ;p..Sekali doc ckp ward penuh, kalo masuk pun tak boleh duduk dalam ward sebab penuh. Then dia bagi option sama ada nak transfer hospital lain (tapi kena pergi naik ambulans..eee..tak koser la aku..tp kena jgk sebab dah leaking kan) atau tunggu la kalau sanggup. tapi tunggu kat luar jek la..

Mummy decide nak tunggu jek, lagi pun bukannya sakit pun. Sebelum tu doc dah callkan Hospital Putrajaya, but seperti dijangka penuh la kan..Siap kena sign 1 form tu yang mengatakan kita sanggup la tanggung apa-apa if jadi apa-apa sepanjang tempoh menunggu tu. Mummy just sign jek, sebab alaaaa fikir logik la..takkan la kita dah sakit nak bersalin diorang boleh tengok jek kita bergulinggg kat kaunter tu..

12.00 t/hari - Stay dekat katil bawah tempat check tu. Kan mummy dah cakap, takdenya diorang nak biar kita macam tu jek. So, duduk la kat situ sambil call, sms kawan2..siap boleh cakap-cakap pasal kerja lagi.

2.00 ptg- Naik ward. Pun still tak sakit langsung lagik. So jus tungguuuu & tungguuu..Tok dah balik dulu sebab mummy cakap lambat lagi ni..Silap-silap esok..

7.00 mlm - Dah rasa sakit sikit-sikit. Selang 20minit kot. Steady beb..siap pergi melawat katil jiran-jiran lagi..kerek tak kerek la..haha

10.00 mlm- Dah makin kuat..selang 10 minit..huhu. Abah dok smssss jek.."Syg, makin kuat tak sakit?" selang 1/2 jam kot..Teringat & rindu sangat kat Along Farish. Ibu As sms, biar along tidur dengan dia jek malam ni, so lega la sikit mummy sebab dia dah biasakan. tapi sedih jugak sebab kadang-kadang dia tanya abah & mummy..huhuh..Memang tak boleh tidur langsung pun. dok minum air & makan kurma jek. mulut dok berzikir & doa nabi yunus..

2 Julai 2010

3.15 pagi - Nurse masuk nak check, then dah 4cm..aiiiii baru 4cm punya sakit mcm tu..mummy ingat dah 7,8cm..*___* pastu masuk ubat kat vontot, terketar-ketar gi toilet...huhu..Turun labor room. Mummy dah suruh panggil husband cepat. Nurse check, dah bukak cukup 8cm, but air ketuban tak pecah lagi.. Sekali dia amik apatah, punya la panjang, cucuk. Boleh lagi gurau-gurau tu diorang sebab takut tersembur air. Sekali memang terpancuttt kaw-kaw...hehe..kelako lak rasa.

3.32 - Lepas jek pecahkkan air ketuban tu, mummy push 2x, pas keluar..Abah tengok dia cakap apa tau "Senangnya sayang" x__* Dia tak tengok yang mummy berguling, bergegar2 katil tu..huhu..

Berat : 3.32kg
Tinggi : 52cm
Kulit : Putih bersih (Nurse pun cakap, bersihnyaaa kulit anak, akak makan apa?) :)
Mata : Sepet sikit..ikut arwah aki kot.. :)

So, lpeas tu dah siap jahit semua, masuk la ward. Lucky la sebab dapat ward 1st class, so abah boleh la baring-baring kejap. Sementara tunggu tok datang. Then, abah mandikan mummy, terharu sangat masa ni..hhehe..i love u babe..

12.00 t/h++ - Boleh balik rumah dah..yeayyy!

~ Alhamdulillah la..semuanya dipermudahkan. Bab sakit tu, mana ada orang bersalin tak sakit. Alhamdulillah jugak, adik langsung tak kena jaundis. Macam along jugak. Time balik rumah tu, Along kat playground. Sekali along masuk, dia dah lain macam. Tetiba mengamuk..sian along, apapun mummy sayang along sangat-sangat jugak la tauuuu!!tak ada bezanya pun sayang :D

Sepanjang 4 hari berpantang kat rumah my PIL pun datang. MIL tolong mandikan baby, mak mandikan mummy dengan air daun-daun..sangat best dah fresh..Hari ke-5 balik kampung, dan bermulalah hari pantang yang membosankan..hehe..

Note untuk anakku Nurfatini Humaira:
Sayang mummy,
Mummy doakan adik sentiasa sihat, comel, bijak, solehah, kuat dan baik-baik aje. Jadi anak yang baik ye sayang. Korang la harta-harta mummy yang paling berharga. dah besar nanti kita baking sama-sama k! Jangan selalu rampas toy along, curik-curik amik aiskrim, nasi along..hehe..
Mummy sayang sangat adik & along & anak-anak mummy akan datang (ehhh??)
& juga abahnya..hehe..Moga keluarga kita sentiasa dilimpahi rahmat Allah..
Happy birthday sayangggg!!

(gambar upload later..tak leh masuk la..huhu)

Thursday 23 June 2011

Maharaja Lawak - Minggu 12 - Tugas 2 - Sepah



Tak sabar nak tunggu final Maharaja Lawak malam ni.
Actually yang paling ditunggu haruslah Jozan & Sepah..
Jambu dulu ok, sekarang dah kureng la..
Lepas habis ML ni terus unsubscribe Channel Mustika.
Yelah, kaya Astro ek sebab ML ni.
Siapa la yang menang ek..
Show paling best Jozan is masa minggu nano nanoooo..haha
Sepah masa 'Manisnya Kurma Ituuuu'

Thursday 16 June 2011

I Will Survive



Esok Abah akan pergi Lead Camp for a week..
So, Mummy akan tinggal 3 beranak..
Huhu..ni antara tempoh terlama la sepanjang kena outstation ni..
Wish me luck ey dear..Hope anak-anak sangat behave duk dengan mummy..
& for u, take an extra care...mummy doakan semuanya baik-baik aja!
Pasti rindu sama kamu sangat2..sob..sob.. >_<

Adik kena gigit "ulat"

Cerita kelakar..Time ni Along ikut abah pergi kedai
Then adik seperti biasa, 'kemas' rumah. Dia amik choc rice Mummy.
Boleh pulak bukak. Mummy just tengok jek. Sekali, tumpah abis bersepah lantai.
Tetiba adik nangis punya la kuatnya nangissss.. Berguling-guling nak panjat mummy..
Sah la adik ingat choc rice tu ulat yang dah penuh kat tapak kaki dia..
Kesian tengok adik nangis but kelakar pun iye..^_______^
Lasak sangat..tu la..Apapun amik video dulu..Nanti dah besar, adik boleh tengok balik k! ;p




                                         Tak sure nak kesian @ gelak.. :))

Tuesday 7 June 2011

jumpa mung di ganung ;p

On 4 - 6 June lepas, kami ke Kuala Terengganu. Actually abahnya ada kerja kat situ, tapi mummy & anak2 pun boleh la follow, jalan-jalan makan-sotong-celup-tepung! (Gulpp...sangat sedap, teringat lagi..aisyehh)

Stay dekat Felda Residence Hotel..Not bad, hotel baru kan..bersih, view cantik. Mengadap sungai & masjid kristal..sangat cantik. Anak-anak pun suka bersidai kat tepi tingkap, tengok bot-bot lalu..Tapi tak sompek la kami nak naik botnya, dah namanya pun kejap sangat perginya. Lain kali ey anak-anak..

                                          Ni baru-baru sampai

Masjid kristal-gambar tak clear langsung

Dua beradik ni check in jek terus wat hotel ni macam diaorang yang punya..haha..Explore segala ceruk..Sampai adik nyaris kena hempap dengan floor lamp. Along lak dok main telefon..Ikut suka korang la..haha..mummy nak landing jek..breakfast dia pun ok la..Yang best siap ada ubi rebus, then boleh pilih nak cicah ikan masin/kepala/sambal..

Tak sempat pergi banyak tempat pun, just pergi Pasar Payang (2x-aikkk..sempat lak pergi 2x..wakaka), round2 KT, jenguk school lama abah, tu jek la kot. Tambah ramaiiii sangat orang, cuti sekolah pun kan..redha jek la..tapi hangin betul mummy, dalam sesak-sesak kat Pasar Payang tu, ada lak mamat ni dengan selamba boleh hisap rokok kat situ..Hello, orang ramai kot kan, tempat pun sempit..or otak ko pun sesempit jalan kat situ, geram mak tau!

                                                    Along punya "peace" ;p

Muka penat tak hingat..

Then balik tu singgah Marang. Disebabkan anak-anak tidur dah, kesian lak nak kejut diaorang. Penat la tu. So, abah just tapaukan je udang & sotong celup tepung. Sotong gemuk2 okehh..Total RM20 untuk 2 orang makan. Memang puas & sangatttttt sedappppppppppppp..

So, next time boleh pergi lagi ye abah. Kali ni kita gi time bukan school holiday. Baru puas hati jalan..