Monday 4 July 2011

~kisah A.B.A.H (v.1)

Tetiba ingat dan rindu sangat kat arwah abah :'(
Untuk rekod, abah dah pergi tinggalkan kami sekeluarga, hampir 2 tahun.
(10.9.1944 - 09.10.2009)..cer tengok tarikh lahir dengan tarikh abah pergi..cantik jek kan..
Abah pergi hari Jumaat, penghulu segala hari.
Kalau diceritakan pasal abah, memang tak abis sampai bila-bila.
Abah memang dikenali ramai, may be sebab sifat abah yang senang berkawan, baik dengan orang, mesra..
Bayangkan la, orang yang baru kenal sehari semalam, bila nak balik ke rumahnya boleh menangis sebab sedih sangat nak berpisah sebab abah layan diaorang baikkkkk sangat.
Bagi saya as a anaknya, tak perlu nak bermewah-mewah untuk gembira.
Satu kenangan dengan abah yang memang tak oleh lupa sampai bila-bila,
time abah balik dari masjid selalu ada jek kudap2 yang akan dibelinya.
Dan sampai sekarang menda2 ni memang jadi fav. saya la..


Hurmmm.....tu la abah. Tak perlu pun nak beli menda2 yang mahal aje. Small, yet meaningful. Menda2 macam ni pun dah buat kami tertunggu2..:) Tu semua dah jadi kenangan yang sangat manis untuk dikenang. Al Fatihah untuk Hj Ab Delani Othman.

~Kasih dan doa sentiasa bersama abah~

No comments:

Post a Comment